Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

byk benda penting fa dh settlekan b4 end of this week..question paper for year 5 dh pun siap..patutnya fa buat soalan for year 6..(sorryla KP)..majlis sambutan maulidul rasul pun dh settle n berjalan dengan lancar..proses teknik buku pun getting better coz ada khidmat bantu from Uitm Puncak Perdana..(sedang sgt2 menghargai)..tis week agak boleh bernafas dalam buat kerja..tinggal nk siapkan kerja yg sikit2..

fa rasa preggy kali ni fa mcm rajin je(perasan sendiri)..kebanyakan kerja yg fa buat alhamdulillah dipermudahkan semuanya..walaupun hero2 fa semakin menarzan diri memasing kat rumah(ini bukan keluhan)..oh mungkinkah baby girl??(hope so)..kalo kuar baby boy jugak,fa tetap bersyukur sbb dpt tmbh askar di rumah..fa harap bersalin nnt pun dipermudahkan segala-gala prosesnya..doakan fa ye..

skrg ni fa tgk ramai budak skola tak bawa air as a bekalan minuman..nape yek?seingat fa time fa skola pun jarang bw bekal air..hehehe..tp zaman fa zaman sejuk lagi..skrg ni,kul 11pagi pun dh rs panas sgt..penting ke air nie?

mengikut 1 blog yg fa baca...
oleh Dr. Noordin Darus

Seperti yang anda semua ketahui, air adalah satu elemen penting bagi manusia tidak kira usia dan jantina. Bagaimanapun, ada kalanya ramai yang terlupa dan alpa akan kepentingan air terhadap tubuh badan mereka terutama sekali bagi kaum wanita.

Air memberikan anda tenaga, lebih-lebih lagi wanita mengandung. Apabila anda mengandung, perkara pertama yang akan diberitahu oleh doktor anda adalah banyakkan meminum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak 2 hingga 3 liter sehari. Jika tidak mampu oleh kerana alahan (morning sickness), anda boleh minum air kosong yang dicampur dengan jus, sirap dan sebagainya.
Namun, yang seeloknya untuk minum air kosong yang ditapis. Persoalannya di sini mengapa air amat dititikberatkan terutama sekali bagi ibu mengandung?

Seperti yang anda ketahui, sebagai manusia biasa, air adalah satu keperluan yang penting untuk tubuh badan, tidak kira anda mengandung atau tidak. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air.

Wanita Mengandung

Tubuh badan kita secara semula jadi memerlukan air untuk hidup kerana sekiranya tanpa air, ia akan mengganggu fungsi sistem pengendalian dalam badan kita sekali gus membuatkan kita menjadi dehidrasi terutama untuk wanita mengandung.

Ini kerana ketika mengandung, ibu hamil kerap membuang air kecil disebabkan oleh tekanan yang diberikan kepada pundi kencing oleh bayi yang dikandung mereka. Disebabkan itulah wanita yang mengandung perlu kerap minum air kosong sekurang-kurangnya dua setengah liter sehari supaya tubuh badan mereka tidak akan dehidrasi dan cukup untuk menampung kehilangan air dari badan yang berlaku dalam pelbagai cara selain daripada kerap membuang air seperti berpeluh.

Wanita mengandung kerap berasa panas dan berpeluh, disebabkan itu jugalah mereka perlu menggantikan kandungan air yang keluar dari tubuh badan mereka dengan meminum lebih banyak air kosong.



Mengidam makanan masin, pelik petanda daripada bayi tagih beberapa jenis mineral.

so...my friend whether u r preggy or not, minumla air ye.. air sejuk pun boleh minum tau..nie ada fa jumpa dlm 1 blog..

Sebenarnya minum air sejuk boleh bagi ibu mengandung, dalam pantang dan juga bayi. Selsema dan asma berkaitan dengan jangkitan virus akibat antibodi yang lemah. Air sejuk tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya.
Mereka yang tidak biasa minum air sejuk dan tinggi kandungan urik asid dalam darah, apabila julung-julung kali mengambilnya akan menyebabkan toksik terbongkar keluar. Toksik yang terdapat di buah pinggang akan menyebabkan urat seperti membengkak di kaki. Toksik yang terdapat di dasar paru-paru akan menyebabkan batuk.
Mereka yang seperti ini boleh mengenalpasti tanda pembongkaran dengan melihat sama ada terasa pening kepala sejurus selepas minum air berais. Jika berlaku, kita boleh mengawal pembongkaran agar ia berlaku tidak ketara atau tidak disedari dengan cara mengurangkan kadar kesejukkan air tersebut. Mulakan dengan hanya meminum air yang biasa dahulu (bukan panas), lama kelamaan tingkatkan dengan meminum air peti sejuk. Kemudian amalkan minuman berais.
Kadang kala, kesan air ais yang diminum itu bukan disebabkan oleh sejuk, tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh. Air sirap mengandungi pewarna yang akan melemahkan buah pinggang. Air kopi berasid akan menyebabkan penat dan lelah. Air berkoko (milo) mempunyai tanin dan kafen yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.
Sebenarnya ramai yang telah mencuba minum air sejuk ketika dalam pantang kerana air panas akan memudaratkan kesihatan. Didapati tidak berlaku sebarang kesan pembongkaran, malah ia baik untuk kesihatan.
Minum air yang sejuk ialah aplikasi konsep teori tekanan. kesimpulannya ialah ibu mengandung digalakkan minum air sejuk.


tp kalo tak biase minum air sejuk peti ais,nk cuba gak,risiko tanggung sendri ye..

Wednesday, December 30, 2009

Raya 2009






This year raya same as last year..nothin'different mcm last year..early morning g umah mak mentua sbb nk semayang raya.then after salam minta ampun,we went to my mum's house to ask forgiveness and makan..
well..after 2 kali raya tak dpt semayang sunat aidilfitri sbb takde org nk jaga faris,lastly dpt gak semayang raya tis year sbb faris tido tat time.thanx to my sis in law..after salam2 at umah MIL,we went to meru jaya..yg bestnya dpt mkn lepat.lepat ni masakan org johor.susah+leceh nk buat.it makes from beras pulut n kelapa..n my mom manage to do it wit the help from ayah,me n adik..best..at meru jaya,mata naik berpinar sbb asyik nk bergambar je..susah betul nk tarik perhatian 2 bdk kecik tu..isy...baru 2 org...

The most special about raya this year is my prenancy..i was 5 month pregnant ms raya..of course puasa cukup..but kecian baby mama cuz hungry and the movement tak brapa active.but after berbuka,mak aih..mcm main bola..it sad when ramadhan over cuz i dunt know bila lg dpt berpuasa ms pregnant.to me it's a gift to my baby..kita ni kan over rajin buat baik time ramadhan..

Tuesday, May 22, 2007

Trip



30th March mlm bertolak ke Kelantan from KEU office kat Bkt Beruntung.Konvoi 4 bas..1 bas married couple,2 bas orang bujang n 1 lagi bas pekerja Myanmar.31st March sampai kat Perdana Resort kat Pantai Cahaya Bulan..after clean ourself,apa lagi...SHOPPING!!!

Kami dapat chalet depan swimming pool.Chalet kat situ mmg selesa.Juz ada banyak nyamuk je..Tak abih penat shopping,berendam dalam pool smpi da kecut.Pas2 mlm ada dinner.Macam - macam activity mlm tu.Ada banyak games,pertandingan karaoke and makan..Kalo kat tempat mcm ni,mestila makan barbeque kan..

Sunday da nk balik Klang..before balik,shopping lagi..saje je nk tambah berat bas..punyala lama shopping(maklumla..4 bas)at 4pm baru bertolak ke Klang.Atas beberapa kesulitan sepanjang perjalanan,kami selamat sampai kul 3 pagi..Penat penat penat....but we are having fun eventhough preggy 6 bln..

Wednesday, May 16, 2007

Jalan and makan at Muar




17 February 2007 balik kampung Muar. Kami pergi 2 kereta.1 lagi kereta with mama and ayah.Bertolak dari rumah at 6.30am and arrived there at 9am.Sampai sana semua da kelaparan.Kami berhenti makan di kedai makan in front bus stand.Ada yang order lontong or mee rebus. And menu wajib pagi tu....SATAY..Ada satay ayam,daging and perut.Yang jadi rebutan kami,mestila satay perut..Mmmmm...masih terasa kelembutan satay tu..Disebabkan kelaparan sangat, kami 8 orang makan sebanyak 87 cucuk satay.

Bila tengahari, makan lagi.Apalagi menu wajib kat Muar..Asam pedas la..Bila mula makan berlaukkan asam pedas,dah tak ingat lagi orang sbelah..Kiranya,mak mentua lalu,tak heranla..

Mlm......makan lagi........Kami berlapan makan mee bandung kat Parit Bulat.(9 org kalo tmbh bb dlm perut-time ni preggy)Kedainye kecik je tapi food nye mmg best giler...Lagi satu yang best kat kedai ni,kedai ni ada jual air orange/sarsi yang kurang gas.

18 February 2007 balik semula ke Klang.Before balik, breakfast kat Muar..menu tetap sama.Mee rebus/lontong and satay..

Miss our time there.Cause what we've disscuss all day juz EAT EAT EAT..
Related Posts with Thumbnails