Tuesday, November 22, 2011

My gurl...Farhieya Zehra...

ya allah..

lama tul fa xhupdet dek kerana tuntutan kerja sekolah dan tuntutan kerja rumah.yang penting harus didahulukan yang kurang penting harus dimurnikan kemudian..

skrg Farhieya Zehra dh 5 bln..
terlambat kah nk crita psl zehra..never too late..
semasa mengandungkan zehra,mama minum air gula 3x..yes..3kali..xpernah dibuat org..
and sepanjang menanti kelahiran Zehra sgt mendebarkan..dh pg hospital,kena balik semula..tgh mlm,pegi blk hosp..tido kat sana semlman..rezeki zehra kali ni sbb dpt bilik first class sebelum keluar..

org kata anak perempuan sentiasa menyenangkan ibunya kan..alhamdulillah..Farhieya Zehra yg lahir 2222@9.22pm pd 31Mei 2011 memudahkan mamanya..sepanjang di labour room,contraction kuat selangseli dgn rehat sbb xde contraction.so,mama ada xtra enery ms resting tu..in d labour room..1/2 an hour je..msuk 2200@9.00pm,baby lahir 2222@9.22pm,mama keluar 2230@930pm..


baby zehra hari ke 5..1st present from aunty ana n uncle mie..makacih uols..

smbg crita..fa keluar hosp the next day tghari tu..berbanding abg2 dia,seminggu lebih kat spital br keluar..(eh..org kata xbaik banding2 anak kan...)


Farhieya Zehra bt Azizullah..kellass kan nama...(fawwaz tgh sayang n babab zehra)


dh 3 org anak fa...


lasakkan baby tido..so,himpit dia dgn bantal..(kain bedung dh kena tarik ngan fawwaz)


gegirl pertama dlm family fa..


dh semakin cubby..(bukan mamanya ye..)


dlm masa 2 bln, zehra dh tukar pampers dr saiz NB ke saiz S..

semoga anak2 fa menjadi insan yg soleh dan solehah..dimurahkan rezeki masing2..diberikan pengiktirafan sebaiknya..n seeeeemmmmuaaaa yg baik2,best..
AMIN..

Saturday, July 9, 2011

Fawwaz yang mama sayang..

Satu hari yg bosan..

3 minggu dlm pantang...

fa tlg kemas2 fridge opah...

tiba2 fa ternampak bekas susu.bekas susu nie were meant for fawwaz..xtau cemana ley missed xbagi..mayb tertolak keblkg so fa xbg..huhu..sedih..susu tu dh over a year..dh la fawwaz skejap je b/feed..ms basuh bekas nie,berjurai-jurai air mata..berbaur-baur perasaan nie..


susu were meant for adik

sedang membayang fa ckp utk adik..

alhamdulillah..walaupun adik tak dpt byk susu dr mama,adik tetap paling dikehendaki oleh suma org..sbb kecomelannya..kenakalannya...

u r brave little boy..sgt2 menawan hati suma org..mama saaaayang adik..time adik tgh menakal,mama nk sgt adik tido..tp bila adik tido,rs nk kejutkan je..mmmuuuaaahhh....


pandang lama-lama tetap tak jemu...

kasih sayang mama pd adik tetap unggul walaupun blum cukup 2thn adik dh ada baby zehra..


mama n baby zehra(dlm pewot lg time nie)

Wednesday, May 25, 2011

Belated occassion

bulan jun bakal menjelang...

kenapa dgn bulan jun?mmm...1stly,akhir bulan ni,birthday abg faris yg ke4..dh besar abg..2ndly,my due is early this month..well..sebelum faris menginjak ke empat thn,dia dh ada 2 org adik..kecian ke bangga?should be bangga la kan..coz..he is very very matured nowadays..and since fawwaz pun akan jd abg b4 he's 2years old,tak patutla rsnya memeram gambar birthday celebration adik..

kami sambut b'day adik on 9th january..coz 10th tu monday..n en.hubyy sudi memasak beberapa lauk yg best..en.hubby msk stew n spagetti..fa buat apa?hehe..fa jaga anak..besides that,kami beli domino's n also satay..kenyang la sgt that day..


kek adik..papa yg pilih..


abg2 yg perasan kek tu utk diaorg


papa yg lebih excited


dlm hati adik.."mcm syok je libas kek ni"

since fa dh trimester ke3 ni,(next week due da..)doakan ye.,semua dipermudahkan...fa nk la kongsi skit info yg fa dapat nie..

Beberapa perubahan yang terjadi pada kehamilan trimester ke tiga:

SAKIT PUNGGUNG
Sakit pada punggung, hal ini kerana anda meningkatnya beban berat yang anda bawa iaitu bayi dalam kandungan.
Pakailah sepatu tumit rendah; Hindari mengangkat benda yang berat; Berdiri dan berjalan dengan punggung dan bahu yang tegak; Mintalah pertolongan untuk melakukan pekerjaan rumah anda sehingga anda tak perlu membongkok selalu.

PAYUDARA
Keluarnya cairan dari payudara iaitu colustrum adalah makanan bayi pertama yang kaya protein.

PERNAFASAN
Pada kehamilan 33-36 banyak ibu hamil akan merasa susah bernafas hal ini kerana tekanan bayi yang berada dibawa diafragma menekan paru ibu.
Tapi setelah kepala bayi sudah turun ke rongga panggul ini biasanya pada 2-3 minggu sebelum persalinan pada ibu yang pertama kali hamil maka anda akan merasa lega dan bernafas lebih mudah . Selain itu juga rasa terbakar didada(heart burn) biasanya juga ikut hilang

SERING KENCING
Pembesaran rahim dan ketika kepala bayi turun ke rongga pinggul akan makin menekan saluran kencing anda.

MASALAH TIDUR
Setelah perut anda besar anda dan bayi anda menendang di malam hari anda akan rasa kesulitan untuk dapat tidur nyenyak. Cuba untuk menyesuaikan posisi tidur anda

VARISES
Peningkatan volume darah dan alirannya selama kehamilan akan menekan daerah panggul dan vena di kaki, yang menyebabkan vena menonjol.
Dan pada akhir kehamilan kepala bayi juga akan menekan vena daerah panggul.
Varises juga dipengaruhi factor keturunan.
Angkatlah kaki keatas ketika anda rehat atau tidur.Pakai stoking yang dapat mensupport anda, pakai dipagi hari dan lepaskan ketika anda pergi tidur; Jangan berdiri atau duduk terlalu lama, cuba untuk berjalan-jalan.

KONTRAKSI PERUT
Braxton-Hicks kontraksi atau kontraksi palsu. Kontraksi berupa rasa sakit yang ringan, tidak teratur, dan hilang bila anda duduk atau istirahat

BENGKAK
Pertumbuhan bayi akan meningkatkan tekanan pada daerah kaki dan pergelangan kaki anda, kadang tangan bengkak juga. Ini disebut edema, disebabkan oleh perubahan hormonal yang menyebabkan retensi cairan.

CRAMP KAKI
Ini sering terjadi pada kehamilan trimester ke 2 dan 3, dan biasanya berhubungan dengan perubahan sirkulasi, tekanan pada saraf dikaki atau kerana rendahnya kadar kalsium.

CAIRAN VAGINA
Peningkatan cairan vagina selama kehamilan adalah normal. Cairan biasanya jernih, pada awal kehamilan biasanya agak kental dan mendekati persalinan lebih cair.
Yang terpenting adalah tetap menjaga kebersihan anda.
Hubungi doktor anda bila cairan berbau, terasa gatal, sakit.

Monday, February 28, 2011

wow!!whosh!!waaa!!!

wah..lamanya post nie terperuk dlm draft..tp nk jugak crita psl kunjungan ke zoo negara..
1 pagi sabtu yg dh terang(matahari dh nk tegak)fa ajak en. hubby g mkn roti canai kat alam budiman konon2 utk branch..thank you en.hubby blanja roti canai minggu ni..(tiap2 minggu en.hubby terpaksa belanja b/fast)

on the way blk,en.hubby ajak pegi zoo negara..wah!fa trus kata okay..(walau kaki tgh sakit)..saje nk bw anak jln2..nk tunggu cuti skola next mth,masa tu fa dh 7 bulan preggy..agak malas nk berjln jauh..

tghari dh smpi kat zoo..it only half an hour drive from my house to zoo negara..(dkt rupanya..leh buat kunjungan bulanan nie)we choose the cheapest pakej..(cheap ker?) rm20 for adult n rm6 for kids..below 3yrs free..so adik freela...tu baru payment for entrance..we decided to take tram..we had to pay another payment for tram..rm3 for adult n rm2 for abg..

its just a short journey with tram..we stopped at aquarium area..coz ada show at 3pm..agak okayla the show..the show took about half an hour jer..then we went to children's world..kat sini suma anak2 haiwan..anak rabbit,anak kambing,anak lembu,pony..faris excited coz he love rabbit..(the only animal he like)..penat mmg penat..melayan faris yg mcm hiper nmpk animals n melayan fawwaz yg mengikit abgnya berperangai hiper..n also melayan bb dlm pewot yg asyik berjoget kat dlm pewot..but at the end..i can say i'm proud coz faris boleh summarize some animals yg dia nmpk..okayla for 3+ years old boy..


faris try pegang pony..


adik pun nk ikut pegang mcm abg...


hippo br kuar kolam..b4 this nmpk idung jer..


eee...apa tu?


ceria tgh tunggu show..


my superheroes..


eksesais sbb nk tinggi mcm giraffe..


kura-kura terbalik


xcited tgk byk turtle..


jengah baby rabbit..


soon will have 3 bodyguards..


faris snap tis picture..clever boy..

ms kat zoo fa nmpk ramai pregnant lady walking..agaknya nk bagi senang bersalin kot..kat sini fa ada cr sumber petua dan amalan masa nk bersalin

"Ketika Fatimah binti Muhammad hampir bersalin, baginda telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy datang menemui Fatimah. Mereka berdua membaca ayat al-Kursi dan ayat inna rabbakumu'llah hingga akhir ayat, juga membaca surah Qul a'udhubi rabbi 'l-Falaq dan Qul a'udhubi rabbi ' n-nas"

amal baca surah al-insyiqaq 1-4, atau baca ayat 4 je.
- minum [i][b]SUSU + PLANTA[/b][/i]
sebelum minum baca :
1) selawat 3x/7x
2) alfatihah 1x
3) doa nabi yunus 3x/7x

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.

b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.

c) Amalkan minum air lebihan suami.

d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.

g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.

h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.

i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu.

makan telur ayam kampung (ayam biasapun blh) campur dgn minyak .(makan mentah & takyah campur putih kalau takut banyak)...tujuannya supaya kita ada energy utk meneran dan licin saluran tu...

minum susu + planta bg mudah baby kuar...x de sangkut2
kalo ikut logik susu utk tenaga...planta mcm pelincir..


nie petua jer..as my mon said...rezeki bersalin ni rezeki masing2...masing2 ada bahagiannya sendiri..kalo xjadi jgn disalahkan petua..

Tuesday, February 22, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

byk benda penting fa dh settlekan b4 end of this week..question paper for year 5 dh pun siap..patutnya fa buat soalan for year 6..(sorryla KP)..majlis sambutan maulidul rasul pun dh settle n berjalan dengan lancar..proses teknik buku pun getting better coz ada khidmat bantu from Uitm Puncak Perdana..(sedang sgt2 menghargai)..tis week agak boleh bernafas dalam buat kerja..tinggal nk siapkan kerja yg sikit2..

fa rasa preggy kali ni fa mcm rajin je(perasan sendiri)..kebanyakan kerja yg fa buat alhamdulillah dipermudahkan semuanya..walaupun hero2 fa semakin menarzan diri memasing kat rumah(ini bukan keluhan)..oh mungkinkah baby girl??(hope so)..kalo kuar baby boy jugak,fa tetap bersyukur sbb dpt tmbh askar di rumah..fa harap bersalin nnt pun dipermudahkan segala-gala prosesnya..doakan fa ye..

skrg ni fa tgk ramai budak skola tak bawa air as a bekalan minuman..nape yek?seingat fa time fa skola pun jarang bw bekal air..hehehe..tp zaman fa zaman sejuk lagi..skrg ni,kul 11pagi pun dh rs panas sgt..penting ke air nie?

mengikut 1 blog yg fa baca...
oleh Dr. Noordin Darus

Seperti yang anda semua ketahui, air adalah satu elemen penting bagi manusia tidak kira usia dan jantina. Bagaimanapun, ada kalanya ramai yang terlupa dan alpa akan kepentingan air terhadap tubuh badan mereka terutama sekali bagi kaum wanita.

Air memberikan anda tenaga, lebih-lebih lagi wanita mengandung. Apabila anda mengandung, perkara pertama yang akan diberitahu oleh doktor anda adalah banyakkan meminum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak 2 hingga 3 liter sehari. Jika tidak mampu oleh kerana alahan (morning sickness), anda boleh minum air kosong yang dicampur dengan jus, sirap dan sebagainya.
Namun, yang seeloknya untuk minum air kosong yang ditapis. Persoalannya di sini mengapa air amat dititikberatkan terutama sekali bagi ibu mengandung?

Seperti yang anda ketahui, sebagai manusia biasa, air adalah satu keperluan yang penting untuk tubuh badan, tidak kira anda mengandung atau tidak. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air.

Wanita Mengandung

Tubuh badan kita secara semula jadi memerlukan air untuk hidup kerana sekiranya tanpa air, ia akan mengganggu fungsi sistem pengendalian dalam badan kita sekali gus membuatkan kita menjadi dehidrasi terutama untuk wanita mengandung.

Ini kerana ketika mengandung, ibu hamil kerap membuang air kecil disebabkan oleh tekanan yang diberikan kepada pundi kencing oleh bayi yang dikandung mereka. Disebabkan itulah wanita yang mengandung perlu kerap minum air kosong sekurang-kurangnya dua setengah liter sehari supaya tubuh badan mereka tidak akan dehidrasi dan cukup untuk menampung kehilangan air dari badan yang berlaku dalam pelbagai cara selain daripada kerap membuang air seperti berpeluh.

Wanita mengandung kerap berasa panas dan berpeluh, disebabkan itu jugalah mereka perlu menggantikan kandungan air yang keluar dari tubuh badan mereka dengan meminum lebih banyak air kosong.



Mengidam makanan masin, pelik petanda daripada bayi tagih beberapa jenis mineral.

so...my friend whether u r preggy or not, minumla air ye.. air sejuk pun boleh minum tau..nie ada fa jumpa dlm 1 blog..

Sebenarnya minum air sejuk boleh bagi ibu mengandung, dalam pantang dan juga bayi. Selsema dan asma berkaitan dengan jangkitan virus akibat antibodi yang lemah. Air sejuk tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya.
Mereka yang tidak biasa minum air sejuk dan tinggi kandungan urik asid dalam darah, apabila julung-julung kali mengambilnya akan menyebabkan toksik terbongkar keluar. Toksik yang terdapat di buah pinggang akan menyebabkan urat seperti membengkak di kaki. Toksik yang terdapat di dasar paru-paru akan menyebabkan batuk.
Mereka yang seperti ini boleh mengenalpasti tanda pembongkaran dengan melihat sama ada terasa pening kepala sejurus selepas minum air berais. Jika berlaku, kita boleh mengawal pembongkaran agar ia berlaku tidak ketara atau tidak disedari dengan cara mengurangkan kadar kesejukkan air tersebut. Mulakan dengan hanya meminum air yang biasa dahulu (bukan panas), lama kelamaan tingkatkan dengan meminum air peti sejuk. Kemudian amalkan minuman berais.
Kadang kala, kesan air ais yang diminum itu bukan disebabkan oleh sejuk, tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh. Air sirap mengandungi pewarna yang akan melemahkan buah pinggang. Air kopi berasid akan menyebabkan penat dan lelah. Air berkoko (milo) mempunyai tanin dan kafen yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.
Sebenarnya ramai yang telah mencuba minum air sejuk ketika dalam pantang kerana air panas akan memudaratkan kesihatan. Didapati tidak berlaku sebarang kesan pembongkaran, malah ia baik untuk kesihatan.
Minum air yang sejuk ialah aplikasi konsep teori tekanan. kesimpulannya ialah ibu mengandung digalakkan minum air sejuk.


tp kalo tak biase minum air sejuk peti ais,nk cuba gak,risiko tanggung sendri ye..

Tuesday, January 25, 2011

YAHOOO!!!!!!

Wah..lamanya tak menulis..byk yg dh jd past tense..tuntutan kerja ditempat kerja n kerja rumah menyebabkan lama tak menjengah...hehehe..nie baru 2 kanak-kanak girang kat rumah..blum jd 3 org lg..but still fa nk cerita jugak my happy story towards the end of the yr..

13-15 December 2010 kami sekeluarga bercuti ke Cameron highland..(mcm takde tmpt lain yek)tp for us was the strategic place memandangkan ada 3 org bdk yg sgt kecil..tmpt sejuk2 la best..fa pegi wit family..en.hubby tak ikut sbb kena keja..(agak sedih sbb belanja dihadkan)

Kami stay kat apartment baru..wah..siap ada lif lagi..nama tmpt tu Apartment Heritage(heritage.com.my)..near to SK Convent Tanah Rata..

Surprise!!!! Rupanya ptg tu en.hubby pun on the way ke Cameron..yes!!(hatiku berkata boleh belanja tanpa had..hikhikhik)bila mlm..fa da risau,nape tak sampai2 lg..kol2 rupanya en.hubby kata tertido kat tapah..(sedikit frust sbb berangan mkn jagung rebus wit en.hubby)suddenly adik ana gelak2 kan diriku ini..rupanya dia nmpk en.hubby kat luar apartment...cis!!tipah tetipu..(tipah mmg slalu kena tipu)..rupanya time tepon tu en.hubby da kat bwh apartment..cepat smpi sbb lalu tapah..

2nd day kami sekeluarga pegi bejalan ke BOH plantation..(www.boh.com.my)pergh...nk msk kemain seram..tepi keta dh curam...naseb baik en.hubby yg drive..but went there was very suweet memory..smpi sana angin ribut nk hujan.mcm kat London rsnya..best sgt...pokok smpi senget2 kena tiup angin..sejuk tak usah cakapla..nasib baik ramai org..kalu tak,lengan sasa en.hubby jd mangsa..

The next day kami balik dgn bonet yg penuh brg..antaranya brgan wajib=sayur + strawberry...sempat lg singgah ke Bharat Plantation(bharattea.com.my)(ye..ye..kuarga kami mmg suke minum teh)..ni antara picture yg comel2 je..







p/s saje je buat gambar kecik2 agar model2 di dalam gambar kelihatan kurus dan kecil...:)
Related Posts with Thumbnails